Tag Archive | "malaikat"

Tags: , , ,

APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.


APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: “Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: “Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allahmengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:

“Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah.

“Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”

“Siapakah anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya. “Baiklah akan aku ceritakan,” kata lelaki tadi.

“Katanya: “Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.

“Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain.

“Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah.

“Aku terus bertafakur dan tertidur. “Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan.

“Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya.

“Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. “Ada apa kesusahanmu? ” tanyanya.” “Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis.

“Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. “Jangan menangis semua manusia mesti mati.”

“Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku,” aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan.

“Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya.

“Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
“Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi.
“Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?

“Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

“Aku ini Muhammad,” jawabnya.

“Muhammad siapa?” aku meminta penerangan lagi.

“Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran,” jelasnya.

“Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia.

“Inilah dia Rasulullah,” aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku” jelasnya.

“Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu.

“Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya,” kata lelaki itu.

Mestikah menadah tangan dan menyapu muka apabila berdoa?

ADA ketikanya tidak perlu menadah tangan apabila berdoa. Contohnya, doa sebelum tidur yang tidak perlu mengangkat tangan
dan mengadap kiblat. Hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah, baginda bersabda: Kamu hendaklah yakin dengan perkenan Allah
dan kamu semua mengetahui bahawa Allah tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai.
(Riwayat Tirmizi)

Terdapat nas yang sahih mengenai amalan mengangkat tangan ketika berdoa. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Allah bersifat hidup. Allah malu apabila hamba-Nya mengangkat dua tangannya tetapi tangan itu hampa kerana tidak dimakbulkan doanya.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ini bermakna apabila kita mengangkat tangan untuk berdoa, Allah akan merasa malu untuk menolak permintaan hamba-Nya itu. Selain itu, Rasulullah sendiri mengangkat kedua-dua tangannya apabila berdoa, dan Rasulullah tidak akan meletakkan kedua belah
tangannya ke bawah kecuali selepas menyapu ke muka.

Ini menurut cerita daripada Umar dan diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim.

Orang yang mustajab doanya

Pemimpin yang adil. Sabda Rasulullah s.a.w., Tiga golongan orang yang diterima doanya, iaitu orang yang berpuasa sehingga berbuka, imam yang adil dan orang yang dianiaya.
(Riwayat Tirmizi dan hadis Hasan)

Doa ibu bapa kepada anaknya. Lantaran itulah, ibu bapa digalakkan mendoakan perkara-perkara yang baik sahaja, memandangkan doa ibu bapa sangat makbul, sama ada baik atau buruk.

Doa orang yang berpuasa.
Doa orang yang dizalimi. Ia diperkuatkan dengan hadis yang bermaksud: Tiga golongan ini apabila berdoa, tidak syak lagi Allah
akan menerima doanya. Mereka ialah doa orang yang kena zalim, doa orang yang berada di dalam musafir, doa bapa kepada anak atau ibu kepada anak (ibu bapa).
(Riwayat Tirmizi)

Di samping itu, Rasulullah pernah menegaskan dalam sebuah hadis lain bermaksud: Takutlah olehmu orang yang kena zalim. Bahawasanya doa orang yang dizalimi tiada antaranya hijab (penghalang) . Apabila ia berdoa, ia terus diterima Allah.

Doa kepada kawan atau saudara yang tidak ada di hadapan kita. Contohnya, seorang kawan meminta kita berdoa untuknya, maka
kitapun mendoakan bagi pihaknya selepas solat.

Sebenarnya apabila diajukan doa untuk orang lain, maka sebaik-baiknya kita menolongnya. Ini kerana, apabila kita berdoa, ada
malaikat yang Allah wakilkan di kepala kita khusus untuk berdoa sedemikian dan malaikat itu juga akan berdoa kepada kita.

Tidak ada hamba Muslim yang berdoa untuk saudaranya sama ada di tempat yang jauh atau tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat akan berkata kepadanya, kamu juga akan mendapat seumpamanya.
(Riwayat Muslim)

Doa orang yang sedang musafir.
Doa seseorang yang berada di dalam keadaan bahaya. Seperti firman Allah dalam Surah an-Naml ayat 62 bermaksud:

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesukaran apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan
kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati-Nya.

Posted in IslamicComments (0)

Tags: , , , ,

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan


Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan.

Posted in FeaturedComments (0)


Advertise Here